Sunday, October 12, 2008

SEHARI DI KUALA GANDAH


XPDC ke Kuala Gandah. Semangat berkobar-kobar , senyuman pun lebar. Seramai 40 orang murid dan 3 orang guru menyertai XPDC ini.


Ala-ala takut hendak naik gajah. Bergambar di hadapan gajah pun jadi le...


Pisang tu nak beri gajah makan atau nak makan sendiri ???


Peserta XPDC bermesra dengan anak gajah ( nama anak gajah tu ... Abu ).Hai,cikgu tak kan pegang aje anak gajah tu ??


Peserta berpeluang menaiki gajah. Wah, dah tak ingat nak periksa UPSR !!!


Penat menunggu giliran menaiki gajah. Peserta yang sedang menunggu giliran, tidak mahu turun rasanya.


Eh he...,peserta perempuan juga tidak mahu melepaskan peluang menaiki gajah. Siapa kata murid perempuan SKTP penakut ...??


Peserta bergambar kenangan bersama rangka tengkorak gajah di bilik pameran. Senyumlah sikit ....


Peserta juga berpeluang mendapatkan info tambahan yang berguna di bilik pameran. Begitulah ragam murid SKTP apabila mencatat.


Peserta bergambar kenangan di hadapan pintu masuk Jabatan Perhutanan Kuala Gandah.Macam tak nak balik je.....


XPDC diteruskan ke Deerland Park ( taman rusa daa.. ). Guru dan peserta asyik mendengar taklimat.


Menakjubkan !!! peserta berpeluang melihat rusa berdiri lebih tinggi daripada tuannya. Wooow ...


Wah, hati-hati pakcik , rusa-rusa lebih panjang lehernya daripada pakcik tau .....


Cikgu Shikin melayani rusa sambil diperhatikan oleh peserta XPDC. Jinak gak rusa-rusa ni ya....


Hai cikgu, rusa-rusa tu nak apa ? Nak berkenalan dengan cikgu ke ???


Para peserta berpeluang memberi makan dan membelai rusa...


Cikgu Mahadi memperhatikan kera berlari di atas kepala setiap peserta yang berbaris. Woi..korang tak geli ke??? Satu pengalaman yang menyeronokkan.


Kera berehat sekejap di atas kepala seorang peserta XPDC setelah penat berlari. "Hai..kera, jangan kau 'melepas' atas kepala aku udah le...